Benci

"hujung minggu ni kita balik kampung. Muktamad! "
"kenapa nak balik kampung? ada apa?"
"Pakcik Rooney kahwin"
"mintak sini lima ratus ringgit.."
"nak buat apa?"
"nak pergi beli PSP.. tu pun kalau nak Shah ikut mama balik kampung.."
Tanpa banyak tanya mama hulurkan duit lima ratus ringgit itu. Selepas kematian ayahnya semasa dalam perjalanan balik ke kampung, Shah amat bencikan kampung. Peristiwa hitam itu terjadi sewaktu Shah berumur 10 tahun. Walaupun sudah 8 tahun berlalu, Shah masih tak dapat lupakan peristiwa itu.

"Hai Shah. Dah besar kau sekarang. Macam mana belajar?"
"Sibuk kenape?"

Pakcik Rooney adik bongsu kepada ayah Shah. Kalau nak diikutkan habis satu kampung Shah tak suka. Tapi yang paling dibencinya ialah Pakcik Rooney. Sebab selepas kematian ayahnya, Pakcik Rooney berebutkan rumah dikampung tu dengan Pakcik Jangman. Sedangkan kubur ayahnya masih merah lagi. Memang ayahnya dah wasiatkan rumah kampung itu kepada Pakcik Jangman dan Pakcik Rooney sebagai nama pendua pemilik rumah itu. Disebabkan sifat Pakcik Jangman yang lembut. Pakcik Jangman menyerahkan rumah itu kepada Pakcik Rooney dan terus merajuk ke London. Tetapi Pakcik Jangman telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal semasa dalam perjalanan untuk balik semula ke Malaysia. Shah menjadi seorang yang sangat senyap sejak peristiwa dua kemalangan yang meragut nyawa kedua dua orang yang amat disayanginya. Ayah dan Pakcik Jangman.

"Shah peliklah. Kenapa mama nak pergi sangat tengok orang tua tu kahwin..?"
"Itu Permintaan terakhir ayah.."
Shah terdiam. Pakcik Rooney lah satu satu nya waris ayahnya yang tinggal. Ayahnya anak yatim piatu dan hanya mempunyai tiga orang adik beradik.

Shah keluar dari rumah. Tanpa hala tuju, dia memulakan langkah. Budak budak kampung berbasikal ke padang. Ada yang bermain layang-layang, ada yang bermain bola sepak, ada yang bermain takraw dan ada juga yang duduk melepak sahaja. Petang itu sungguh nyaman. Shah duduk di suatu sudut padang itu. Dia mengeluarkan PSP yang baru dibelinya kelmarin dengan duit yang dikumpulnya serta tambahan dari mama sebanyak lima ratus ringgit. Tiba-tiba mata Shah terpandang seseorang. Seorang gadis yang sedang gelak sambil menutup mulutnya. Ayu. Dia memang ayu. Membuat hati Shah berdebar-debar ketika memandangnya. Siapa dia.

"Shah.. keluarlah sekali. Lepas makan ni kita terus balik KL.."
Shah akur. Dia keluar dari bilik. Sedang asyik makan. Shah nampak dia. Dia yang di padang semalam. Berbaju kurung ayu.

"Ayu. Nama dia Ayu. Ayah kau berlanggar dengan kereta mak ayah dia. Dia jadi yatim piatu. Rumah ayah kau tu, aku wakafkan pada dia. Dan Jangman pergi ke London bukan kerana merajuk dengan aku. Tapi sebab dia tak boleh lupakan kenangan bersama ayah kau. Jangman rapat sangat dengan ayah kau. Tak sangka dia pun ikut pergi untuk bersama ayah kau."
Shah terduduk kaku.

No comments:

Post a Comment