Dosa

KOTA LECAK, 27 April 2345 -
Keretaapi Tanah Kelabu (KTK) musnah sekelip mata apabila dentuman kuat didengari ketika keretaapi itu sedang meneruskan perjalanan ke stesyen KTK Hangtuih pada kira kira jam 9PM, dekat daerah Kota Lecak, semalam. Keretaapi tersebut dipercayai mengalami kesekatan ketika berada di atas jalan keretaapi yang menghala ke stesyen KTK Hangtuih. Penumpang kira kira seramai 200 orang terkorban di dalam kejadian tersebut.
    Kejadian ini dipercayai berpunca daripada sebutir bomberangan yang telah dicuri dan dilaporkan hilang kira kira setahun yang lalu iaitu sejenis bom buatan jepun yang telah di import oleh Tanah Kelabu bagi tujuan mempertahankan negara ketika serangan Binatang bernama Jebon yang mengganas lima tahun yang lalu. Pihak berkuasa masih lagi menjalankan penyiasatan tentang punca sebenar kejadian. Orang ramai di nasihatkan menaiki kenderaan sendiri. Pihak berkuasa mengisytiharkan kejadian yang berlaku di daerah Kota Lecak ini kemungkinan serangan pengganas.



"Janji?"
"Janji... Saya takkan tinggalkan awak, jangan risau lah."


Diana. Penagih cinta lelaki. Danny. Kasarnova terhebat Malaya.
Danny berjanji. Tapi janji dia hanya kadang kala dia tepati. Diana gadis innocent yang hanya menepati janji janji nya.


Diana tengok jam di tangannya. 2.45 PM. Janji danny, dia datang sebelum 3 PM. Diana fikir masih smpat lagi jika dia pergi membeli sesuatu untuk mengisi perutnya yang sejak pagi kosong dan selepas kelas Puan jammy tadi, dia terus beergegas ke KLsentral bagi menepati janjinya.


Danny mengeluarkan telefon bimbit pintarnya. Matanya melilau mencari nama Sayang dalam kontak.
"Saya dah nampak awak." kata Diana sejurus selepas dia membuat panggilan daripada kontak Sayang itu tadi. Diana segera mendekati Danny. Danny sengih yang tak ikhlas. Oooh shitt! suara sedap dah, muka lawa lagi makcik tukang sapu kolej aku.


Danny jalan dengan laju. Diana diam. Muka Diana merah. Dia malu. Dan juga lapar. Danny beli 2 tiket KTK ke Bandar alam Segak. Danny beri satu pada Diana. Diana cepat cepat cari kerusi yang kosong. Dia duduk dengan selesa dan memandang pada Danny yang sedang berdiri.


Danny sedang memikir jalan bagaimana dia mahu lari dari pandangan Diana. Dia juga turut fikir bagaimana dia boleh bermain cinta dengan orang yang serupa makcik makcik ni. Bagaimana? Bagaimana?


Dia teringatkan cerita yang dicerita oleh abangnya. Suruh dia pergi belikan air mineral dan tinggalkan dia di dalam kedai. Atau... Bawa dia highway dan tinggalkan dia di situ ataupun berseronok dengan tengok wayang dan makan menggunakan duit dia, pura pura ke tandas dan tinggalkan dia.


Danny pilih yang ketiga. Menggunakan duit Diana untuk menonton wayang dan makan. Selepas bersenang lenang dengan perkara itu, dia pun pura pura ke tandas. Kemudia dia keluar dari bangunan setan yang menjadi pusat hiburan para remaja melepak dan membuangkan masa itu. Dia ketawa kejam.


Diana duduk di kerusi seperti yang dijanjikan. Innocent. Hanya menepati janjinya. Sementara Danny sedang gembira terlepas daripada perempuan yang serupa makcik makcik itu. Danny naik KTK. Kerana dia masih belum mampu untuk memiliki motor berkuasa besar idamannya. Danny kadang kala berasa cemburu dengan abangnya yang selalu mendapatkan apa yang diinginkannya. Terutama dalam soal cinta.


Sedang dia berada di dalam KTK itu. KTK tiba-tiba berhanti bergerak. Semua orang gelisah didalamnya. Mereka tertanya tanya mengapa perkara itu berlaku. Isyarat pengumuman berbunyi.
KTK telah ditawan. KTK telah ditawan. Amaran. Sila matikan telefon bimbit anda. Tiga orang lelaki bertopeng masuk disetiap gerabak. Semuanya kirakira 10 orang.


Semua penumpang akur. Mereka memasukkan telefon bimbit mereka ke dalam guni yang dihulurkan oleh salah seorang daripada lelaki bertopeng tadi. Nama kami ialah Askar bertopeng. Sila ikut arahan kami jika nak selamat. Amaran salah seorang dari mereka.


Kanak kanak menangis ketakutan. Mereka acu dan tembak. Kejam. Seorang lelaki melawan. Juga di acu lalu di tembak. Kira kira 2jam brada di atas landasan itu. Danny menelan air liur, mengeluh, gelisah serta tidak tentu arah menyembunyi perasaan takutnya. Seorang lelaki bercermin mata yang duduk di sebelah Danny hanya tersenyum.


"Sedara, kita ni tawanan. Kenapa saudara senyum?"
"Risau? Untuk apa. Sudah tahu kan kesudahannya? Mati. Itu pasti."
"Tapi kita tak bersalah, Mereka yang bersalah. Pengkhianat negara."
"Salah? Kau takpernah buat salah? Maca mana dengan dosa? Cuba fikir apa dosa paling besar kau pernah lakukan. Dosa."
Danny diam. Lelaki itu meneruskan lagi.
"Kau tahu apa dosa aku hari ni?"
"Aku curang dengan bini aku. Aku tidur dengan orang lain."
Danny diam lagi dan agak terkejut dengan pengakuan itu. Sedangkan mereka tidak pernah mengenali di antara satu sama lain.


"Aku kasarnova. Aku tipu banyak perempuan" jawab seorang lelaki yang di hadapan Danny.
Danny diam kaku.


"Saya pula dah mencabul kehormatan seorang gadis" Kata seorang lagi yang sedang berdiri.
"Semuanya berlaku pada hari ini?" tanya Danny.
Mereka menganggukkan kepala.


Danny diam. Dan sekarang dia fokus berdoa. dia memejamkan matanya. Mahu saja dia telefon ibunya untuk meminta maaf. Telefonnya disorokkan sewaktu arahan menungut telefon bimbit tadi. Dia buka peti simpanan. Satu mesej.


Tuhan tu ada, awak. Bila-bila masa dia boleh bayar. Cash lagi. Dan DIA memakbulkan doa orang yang teraniaya. Dan ini doa saya.


Lelaki bercermin mata senyum melihat Danny yang sedang pasrah berdoa.
Apa dosa kau untuk hari ini?




No comments:

Post a Comment