Dhia

1 friend request.
Shahzli Abd Rahman.
1 message.
Shahzli Abd Rahman.
S; hai.. saya nak berkenalan dengan awak ;)
Hati Dhia mula berbunga bunga. Apa salahnya mencuba.
D; hai.. ;)

Dhia tidak pernah merasai perhubungan bercinta. Mungkin kerana fizikal nya. Dari kecil Dhia berbadan besar. Tidak pernah sekali pun beratnya menurun. Setiap kali Dhia naik ke atas penimbang beratnya hanya akan menaik menaik dan menaik. Sihat. Terlampau sihat. Dhia berada pada tahap obesiti. Tetapi Dhia masih bernasib baik kerana tidak pernah ke hospital atas sebab kesihatannya. Cuma Dhia sering menghadapi kesukaran untuk mencari saiz pakaiannya.

Sebulan berlalu, Dhia hanya mengenali Shahzli di dalam laman sosial. Lelaki itu cuba untuk memikat hatinya.
S; boleh saya dapatkan nombor telefon awak?
D; bagi sepuluh sebab kenapa nak nombor telefon saya.
S; satu saya suka awak.. sepuluh pun saya suka awak..
Shahzli pandai bermain kata menyebabkan hati Dhia semakin berbunga bunga.

Tiga bulan berlalu.
S; Dhia, would you be mine?
D; yes!

Enam bulan berlalu.
S; lets meet !
D; sure !

Enam bulan setengah berlalu.
D; Awak nak ambil saya ke tak? Ummmm..

Muncung mulut nya meletak ganggang telefon lalu Dhia naik ke atas. Nak menangis tak keluar air mata. Nak menjerit tak keluar suara. Waktu berbuka hampir tiba. Rasa geram Dhia hanya diaplikasikan kepada sebuah meja kayu yang usang. Patah dua. Meja itu memang menunggu masa untuk dihumban. Tak sangka hayatnya berakhir sebegitu. Dhia segera menyalin pakaiannya. Dari berpakaian cun melecun bertukar pakaian seperti bibik indonesia di rumah. Melihat ke arah dapur, tiada apa pun untuk dibuat berbuka. Dhia mengetuk pintu rumah sebelah. Meminta sebiji telur. Juadah berbuka hari itu adalah telur goreng sahaja. Sayu.

No comments:

Post a Comment