Khilaf

"Saya Aqil.."
"Faiz.."
"Abang tolong tunjuk ajar saya ya.."
Faiz tidak menjawab. Aqil pelajar baru di institut itu. Ditakdirkan Aqil dapat sebilik dengan Faiz yang dikatakan pelik. Satu kampus takut dengan Faiz. Apa halnya? Faiz pernah belasah seorang pelajar sampai masuk wad kecemasan sebab kacau dia masa mula mula masuk kampus. Kononnya sesi senior membuli junior. Tapi lain pula jadinya. Menakutkan. Sejak dari peristiwa itu semua orang takut untuk berkawan dengannya. Tapi Faiz tidak kisah.

"Hey budak.. Mari sini.."
"Saya..?"
"Yela mangkuk.. siapa lagi?"
"Ya.. Kenapa abang?"
"Abang? Sejak bila aku kahwin dengan kakak kau ni? Nama kau siapa?"
"Saya Aqil.."
"Oh, Aqil.. Aku dengar kau budak genius.. Berapa SPM kau? Straight A's?"
"Rezeki Allah, bang.. Alhamdulillah.."
"Kalau macam tu, biar aku uji kau, kau genius ke tak.. Kau ambil ni.. Esok, aku tau dah siap.. Ok?"
Aqil dah kena. Buli membuli perkara biasa. Aqil ikutkan sahaja kehendak mereka kerana takut di apa-apakan.

"Assalamualaikum.."
Faiz hanya berdiam. Kemudian dia menukar pakaiannya dan terus keluar. Setiap kali Aqil balik dari kuliahnya, Faiz pula keluar. Begitulah rutin harian mereka. Aqil cuba untuk memulakan perbualan tapi usahanya sia-sia. Faiz hanya berdiam diam dan diam. Jika soalan diajukan dia hanya menjawab sepatah. Aqil buntu dengan keadaan itu.

"Assalamualaikum, adik.."
"Waalaikumsalam.."
"Em, boleh akak duduk sekali..?"
"Eh, boleh.. Duduklah.."
"Nama adik ni siapa?"
"Nama saya Aqil.. Akak pula?"
"Panggil akak kak Nafisah je.."
"Ok, kak Nafisah.."
"Aqil ambil jurusan apa disini?"
"Mechanical Engenieering.. Akak pula?"
"Architecture.."
Nafisah. Saidatul Nafisah. Gadis melayu terakhir. Cantik. Secantik namanya. Aqil mula rapat dengan Nafisah. Satu kampus menyedarinya. Tetapi mereka rapat tidak lebih sebagai seorang adik dan kakak.

Hari itu seperti biasa. Aqil balik dari kuliah. Melihat biliknya bersepah lalu Aqil mengemas. Aqil terpandang meja milik Faiz. Dia melihat ada sebuah buku di atasnya. Itu diari Faiz.
"Dia suka akak.."
"Merepek lah adik ni.. Tak percaya lah.. Dia tak pernah cakap dengan akak, macam mana pula dia suka akak..?"
"Dia tak tahu macam mana nak luahkannya.."
"Mana adik tahu ni semua?"
"Adik terbaca diari dia.."
"Adik..! Tak baik tau menceroboh hak peribadi orang.."
"Terbaca..."
Nafisah terdiam. Aqil tidak sengaja membaca diari milik Faiz.

"Abang.. kita ni nama je satu bilik tapi kita tak pernah pun berbual.."
"Tak perlu.."
"Lagi satu, tiap tiap malam abang keluar.. Abang pergi mana?"
"Kenapa kau sibuk..?"
"Saya kan roomate abang.. Saya perlu tahu.."
"Kau nak tahu? Ikut aku.."
Faiz bawa Aqil keluar bersamanya malam itu. Aqil berasa sangat seronok kerana Faiz sudah mula beri respond. Faiz bawa Aqil melepak bersama kawan kawannya.
"Kau bawa siapa pula ni Faiz?"
"Aku buka game malam ni.. Kalau kau menang dapat kereta aku.. Kalau aku menang aku dapat kereta kau.. Deal?"
"Jangan menangis sekejap lagi sudah lah.. Hahaha.. Deal.."

"Aqil, kau naik kereta.."
"Nak pergi mana, bang?"
"Kalau kau tak terkencing dalam seluar malam ni.. Nama aku bukan Faiz.."
"Hah?"
Faiz bawa Aqil bersamanya berlumba kereta. Kumat kamit mulut Aqil beristighfar. Laju. Kereta yang dipandu Faiz akhirnya berlanggar dengan lori. Aqil parah dan dimasukkan ke hospital manakala Faiz hanya cedera ringan.
"Puas hati kau sekarang? Aku benci kau.. Aku benci kau Muhammad Faiz!"
Nafisah meluahkan. Aqil tidak sedarkan dirinya beberapa hari.

"Aqil.., aku minta maaf.."
"Bukan salah abang.., Saya yang patut minta maaf.. Mereka ambil kereta abang kan?"
Faiz terdiam.
"Nafisah? Kau suruh la aku buat apa apa pun, aku buat asalkan kau dan Nafisah maafkan aku.."
"Saya nak abang berubah.."

"Alhamdulillah adik dah ok dah, kak.."
"Alhamdulillah..."
"Abang Faiz dah berubah.."
"Kenapa nak sebut nama dia.. Akak tak suka lah.."
"Akak... Maafkanlah dia.."
"Tak Aqil.. Dulu akak ada seorang adik.. Muka dia saling tak tumpah macam Aqil.. Dia berkawan dengan Faiz.. Mereka pernah berlumba.. Dan akhirnya adik akak meninggal dunia.. Akak tak akan maafkan dia, Aqil.."
"Akak..., tak baik berdendam, kak.. Dia dah berubah sekarang ni, kak.."
Nafisah hanya berdiam.

"Abang..., Saya nak berterus terang dengan abang.."
"Apa dia..?"
"Saya dah terbaca diari abang..."
"Apa?"
"Sorry..."
"Malulah aku..."
"Pergilah bagitau dia, bang.."
"Aku malu lah.. Kalau dia tak terima aku macam mana?"
"Belum cuba belum tahu, bang.."

"Nafisah, ada orang nak jumpa kau.. Dia tunggu diluar.."
Nafisah menjenguk ke luar tingkap. Faiz. Faiz berdiri di luar asrama perempuan itu.
"Nafisah.., berilah saya peluang.. Maafkan saya.. Awak keluar lah.."
"Saya dah maafkan awak.. Sekarang awak pergi lah.."
"Tolonglah keluar.."
"Tak nak.. Saya dah maafkan awak.. Awak boleh pergi sekarang.."
Faiz berlalu pergi.

"Cantik tak..?"
"Cincin..? Untuk kak Nafisah ke, bang?"
"Yelah.. Takkan untuk kau pula.."
"Hahaha.. Cantik.. Bila nak bagi ni..?"
"Ha.. tu lah pasal.. Dia tak nak jumpa aku lah.. Asal berselisih je dia lari daripada aku.. Macam mana?"
"Macam ni.. Esok saya dan kak Nafisah nak pergi pekan.. Abang tunggu di Bus Stop.. Macam mana?"

Seperti yang dijanjikan. Faiz tunggu di Bus Stop.
"Kita tunggu bas di depan lah, dik.."
"Eh, akak... Sekejap lah.."
Belum sempat Faiz datang ke arah Aqil dan Nafisah. Faiz dilanggar oleh seseorang.
"Tolong...! Tolong..! Pencuri..!"
Faiz terus mengejar orang yang berlanggar dengannya tadi. Sampai di suatu tempat. Pencuri itu mengeluarkan pisau. Mereka bertumbuk. Pencuri itu menikam Faiz lalu pergi. Aqil datang dengan berlari. Aqil memangku kepala Faiz.
"Tolong sampaikan ini ke Nafisah.."
Faiz menghulurkan sebentuk cincin
"Mengucap, bang.. Mengucap.."

Kepada yang menawan hati, Saidatul Nafisah..
Sepuluh jari ku susun meminta maaf darimu.. Sejak pertama kali aku melihat dirimu sewaktu Aiman, adikmu masih lagi hidup sebagai teman baikku, aku mulai punya perasaan terhadap kamu. Tapi malangnya, kamu membenci aku atas khilafku yang menyebabkan adikmu terkoban dalam perlumbaan itu.. Maafkan aku Saidatul Nafisah.. Gembiranya hatiku sekiranya kamu sudi menerima cintaku.. Dan niatku.. Iaitu memperisterikanmu.. Terima dan pakailah cincin ini sebagai tanda kamu sudi menerimaku..
Yang tulus menyintaimu, Muhammad Faiz..


Nafisah duduk berseorangan di situ.
"Kak.., sudah lah tu, kak.. Yang pergi tetap pergi.. Sabar ye, kak.."
Dijari manis Nafisah terletak cincin pemberian Faiz. Nafisah mengesat airmatanya yang jatuh dipipi.

1 comment: