siri first date : 4

Hari itu tenang, indah dan damai. Hati dia berbunga bunga selepas tamat waktu bekerja. Sebelum itu, muka dia masam seperti cuka. Tika jarum jam menunjuk tepat ke angka 5. Dia senyum. Seperti yang telah disetkan dalam kepala hotaknya sejak 19jam yang lepas, malam ini dia ada temujanji yang dah lama dia harapkan.

Dia sengaja menolak pelawaan kawan kawannya untuk keluar makan bersama atas sebab itu. Sebab temujanji itu. Dia dengan tegarnya menggosok tudung bawal itu dengan berhati hati. Jarum jam menunjukkan ke angka 8. Satu mesej masuk.

-Awak, saya tak dapat bawak awak pergi makan.. kena kerja overtime. sorry.

Dia baling tudung yang telah digosok rapi. Dan dia cuma minum segelas air milo yang dibancuhnya dengan air sejuk sebelum masuk tidur. Malam itu bertungkus lumus si dia memujuk dia. Si dia mahu menebus kesalahannya dengan membawa dia ke taman tema air yang terdekat esok.

Dia tekad untuk mengambil MC semata mata untuk bersama dengan si dia. Pagi itu dia bersiap. Lama. hampir dua jam dia menunggu si dia. Akhirnya, penantian itu berakhir. Dia naik kereta kecil itu. Walaupun kecil, dia bersyukur, ada yang sudi.

Dia diam. Si dia juga diam. Masing masing diam. Malu agaknya. Si dia bersuara mengajak untuk ke kedai katanya. Tiba di depan seben eleben. Si dia memberhentikan keretanya.

Awak.. tolong belikan air.. air mineral tau?

Dia keluar dari kereta itu. Sengaja dia tinggalkan sweaternya di tempat duduk penumpang depan itu. Selang beberapa ketika selepas dia menutup pintu, Si dia membunyikan hon keretanaya dengan menunjukan isyarat si dia mahu memusing. Dia senyum tanda faham.

Dia masuk ke dalam kedai dan membeli. Mengeluarkan duit RM10. Manakala si dia pergi meninggalkan dia dan mematikan telefon bimbitnya.

Dia tunggu. Tunggu dan terus tunggu.


No comments:

Post a Comment