janji

Telefon  berbunyi menandakan satu mesej baru masuk di peti masuk mesej.

+besok cuti. pakcik nak pergi jalan jalan. nak ikut? haha :D


Senyuman paling manis menguntum. Tetapi selang beberapa ketika, senyuman itu kembali mengecut selepas hati berkata 'mungkin dia juga sama..'


-nak pergi mana? em , tak mahu lah. segan.
+ segan? segan tak apa lah. baru ingat nak belanja.
-nak pergi mana? tengok wayang?
+boleh jugak. :)
-segan.
+nak segan apa? bukan buat apa apa.. kita kan kawan..


Dia kaku sebentar selepas membaca mesej yang terakhir itu. Kawan. Hati lega bila dia berkata begitu. Hati mula berbicara. 'Kawan.., tak apa kot..'


-besok petang sikit boleh?
+tak ada hal lah. malam pun boleh.. haha :D
-haha.. nanti makcik mesej ya ;) nak pergi mana?
+ikut makcik lah.. ;)
-pergi midbeli?
+ok ;)


Hati dia berdebar laju. Hati kuat mengatakan 'kawan saja lah.., tak apa..' . Dia tersenyum sendirian.

Bangun sahaja dari tidur, dia terus mencapai telefonnya. Jam menunjukkan pada angka 8. Dia mendail nombor seseorang yang dilabel sebagai pakcik di telefonnya.
"hello makcik muncit.. haha.."
"haha.. kurang ajar.. eh , kita jumpa pagi nih la.. tak jadi petang.."
"pulak? suka hati makcik lah.. pakcik ikut saja.."
"okey.. pakcik naik apa?"
"naik motor.. makcik?"
"naik KTM lah apa lagi.."
"naik dekat mana..?"
"bank negara.."
"yang dekat sogo tu ke?"
"ya..."
"lagi senang kalau jumpa depan sogo je.. macam mana..?"
"eh, ok juga.. haha.. save duit makcik.. hahaha.."
"haha.. jumpa depan sogo ya..?"
"ok.."
Talian ditamatkan. Hati dia bagai disembur sembur perfume. Wangi . Berbunga.

Sebaik saja kakinya turun daripada bas yang dinaikinya, telefonnya sekali lagi berbunyi. pakcik :) terpapar di skrin begitu.
"makcik dekat mana nih..? lambat.."
"haha.. baru je turun bas.. sabar lah pakcik.."
"haha.. turun dekat mana..?"
"dekat depan pertama complex.."
"mana? tak nampak pun... pakcik ada dekat depan sikret resepi nih.."
"ok ok.. nanti makcik datang.."
"mana? tak nampak pun.."
"dah nak sampai dah ni.. sabar lah..."
"mana...? haha.."
"tengah melintas jalan.."
"pakai baju warna apa..?"
"putih.. pakcik..?"
"tudung pink ya..?
"apa? pakcik pakai tudung.. haha.. aah.. warna pink.."
"haha.. dah nampak dah.. tunggu dekat situ diam diam.."
"haha.. ok.."
Dia terus kaku tidak menoleh ke belakang. Perasaannya mula tak tentu arah. Dadanya berdegup laju. Kakinya lemah longlai. terdengar suatu suara memanggil.
"makcik.."
Dia masih berdegil tidak mahu menoleh. Sehingga suara itu lebih kuat dan jelas lagi.
"makcik..."
Dia menoleh. Lelaki itu tersenyum. Dia menunduk. Mereka berjalan seiringan hingga ke hujung. Lelaki itu tidak putus bertanya soalan tetapi dia hanya menjawab sepatah sepatah perkataan. Hatinya berdetus 'kecilnya dia.. ke aku yang besar.. malu lah, macam tak sesuai aje berjalan berdua..'
"makcik..?"
"ya.."
"saya tanya nak pergi mana..?"
"pergi TS"
"jom..."
Dia masih tak dapat lupakan senyuman termanis yang dikuntum oleh lelaki itu. Dia membiarkan dirinya tertinggal di belakang. Sengaja begitu kerana tidak mahu orang mengata mereka pasangan yang tidak sangat sesuai. Besar dan kecil.

"First time naik motor..?"
Tanya lelaki itu. Dia sekadar mengangguk.
"ada bawa helmet warna pink tak..?"
Lelaki itu gelak besar.
"tak ada. ini saja yang ada. haha.."
Dia memakai topi keledar yang diberi tetapi talinya...
"err..., pakcik.. saya tak reti pakai helmet ni.."
"haha.. mari sini.."
Hati dia berdegup laju sekali lagi. Dia pula sempat mengukir senyuman ketika lelaki itu melakukan perkara paling manis yang pernah terjadi dalam hidupnya , mengikatkan tali topi keledar yang dipakainya. Manis.

Beratur panjang. Di tingkat tiga bangunan taim skuer itu. Hari hari cuti macam ni memang ramai kapel kapel dating dalam panggung wayang. Akibat barisan yang terlalu panjang, dia berlalu pergi dari situ. Lelaki itu hanya mengikut tingkahnya. Beratur panjang sekali lagi. Di tingkat yang sama bangunan yang sama. Terbantut hasratnya mahu makan dabel cis beger dekat metdonal tu. Lalu dia pergi. Lelaki itu sekali lagi mengikut tingkahnya. Beratur panjang lagi sekali. Di tingkat bawah sekali bangunan yang sama , di sebuah fast food, jenama kepsi. Dia menghela nafas mengeluh.
"kenapa..?"
"ramai sangat.."
Lelaki itu tergelak kecil. Kali ini lelaki itu pula menjadi ketua rombongan, berjalan dihadapan manakala dia sebagai ahli rombong mengikut ketuanya dari belakang. Tiba tiba lelaki itu berhenti. Dia berlanggar badan dengan lelaki itu.
"ha... tu la.. jalan dekat belakang lagi.. macam keretapi.. tahu?"
Dia tersengih. Bukan apa. Dia sekali lagi tidak mahu mata mata orang mengejek mereka bukan pasangan yang sesuai untuk keluar berdating. Lalu dia turutkan kata ketua rombongan itu. Berjalan seiringan.

Dia terus menuju ke Food Court di tingkat bawah bangunan yang sama. Lelaki itu hanya mengikut, turun pangkatnya sebagai ketua rombongan. Dia ke kaunter dan menghulurkan sekeping not RM50 kepada juruwang di kaunter itu. Lelaki itu hanya melihat.
"aik... belum makan dah bayar..?"
"haha.. bukan lah.. makan dekat sini pakai kad.. haha.."
"oh.. saya tak pernah makan pakai kad kad nih.. tak reti.."
"haha..."

Selesai membeli makanan mereka duduk di meja paling hujung bertentangan dengan televisyen nipis jenama samseng. Lelaki itu hulur sekeping not RM50 bagi menggantikan duitnya sebentar tadi. Sebenarnya dia menuntut janji , lelaki itu berjanji mahu belanja. Lama. Mereka duduk di situ dalam tempoh yang lama. Tak tahu nak pergi ke mana. Mereka berbual mengisi kekosongan yang ada. Makin lama makin rancak mereka berbual. Makin kuat gelak dia.
"dah la pakcik...." mengurut urut pipinya. Lenguh bergelak tak henti henti.
Mereka kelihatan bahagia sekali. Kemudian dia muncung.
"kenapa..?"
"makcik betul betul nak tengok cerita tadi..."
"la... em, macam mana kalau minggu depan kita pergi tengok?"
"serius..?"
Dia senyum tersengih sengih. Lelaki itu mengangguk. Hati riang berkata yehhhhhh! seronok.

"saya hantar.."
"ok..."
Lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah. Dia tegar menunjukkan jalan ke rumahnya.

"jangan lupa minggu depan.."
Lelaki itu mengangguk faham.
"janji...?"
"janji makcik muncettt.. haha.. bye.."
Lelaki itu sekali lagi meninggalkan senyuman paling manis di hati dia. Hati dia sekali lagi disembur perfume. Wangi dan berbunga bunga.

Dia menghantar mesej.
-mana pakcik? hari tu janji apa..?
Seminggu berlalu. Panggilan dari dia berkali kali tidak dijawab lelaki itu. Mesej yang berpuluh puluh tidak dibalas. Dia tersentak. Hati berbicara 'kan aku dah kata.. dia sama.. tak ada beza..'.

No comments:

Post a Comment