Merah

Sarah bangun awal pagi itu tidak seperti biasa. Kerana kasihnya pada Shukri.., dia bangun, mandi dan bersiap. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Sarah mengemas tempat tidurnya. Mengenakan kemeja merah, seluar putih dan tudung kuning. Menarik. Sengaja bibirnya diwarnakan merah. Pipinya dan senyumannya. Manis. Ibarat mahu menggoda.

7.15 pagi. Sarah meninggalkan satu nota kecil pada cermin di biliknya.

Dear lily..
I think i should go to get it, right?
I love him so much.. I'll go with him :)
Love.., Sarah.

Kemudian dia menyarung kasut sarung berwarna merah. Serba merah. Dia menahan sebuah teksi merah di hadapan apartmentnya. "Putra.." Satu perkataan keluar dari mulut si tudung kuning itu.

8.00 pagi. Tiket yang terawal adalah pada pukul 10.00 pagi. Mengeluarkan RM26 dan diberikan kepada lelaki yang sedang duduk di kaunter tiket itu. Kemudian dia ke kedai yang berdekatan dan membeli sebungkus roti dan air mineral. Dia duduk di kerusi yang tersedia. Mengeluarkan telefon bimbit berjenama dan segera menekan nombor pada skrin telefon itu. 10.00 pagi. Sarah menaiki bas yang dijadualkan.

1.18 petang. Bas berhenti di perhentian Kemaman, Terengganu. Sarah turun dari bas menggalas sebuah beg. Seorang lelaki berdiri di hadapan Sarah. Sarah peluk lelaki tersebut tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lelaki itu Shukri. Orang yang sangat dicintainya.

Shukri bawa beg Sarah. Sarah senyum. Sarah tidak pernah lepaskan pandangannya terhadap Shukri. Shukri tersenyum geli hati dengan gelagat Sarah. Shukri berhentikan keretanya di hadapan restoran kegemaran Sarah. Sarah senyum terharu. Shukri suruh Sarah berehat didalam kereta. Shukri memandang Sarah dari luar kereta dan terus masuk ke dalam restoran tersebut.

- Sayang okay..?
+ Okay.., kenapa B?
- Tak ada apa, B risaukan Sayang je :)
+ I'll fine beside you :)
- Sayang..
+ Ye..
- I love you..
+ I love you too.. :)

Shukri keluar dari restoran itu dan senyum. Sarah tunduk malu. Shukri buka pintu dan masuk ke dalam kereta. " But, I love you more.." kata Shukri sambil mengenyit mata. Shukri pegang tangan Sarah. Shukri bagi kunci bilik pada Sarah. Shukri berhentikan kereta di depan sebuah hotel. Malam itu Sarah tidur di hotel, manakala Shukri tidur di dalam kereta. Sarah sangat terharu dengan perbuatan Shukri itu. Sarah menelefon Shukri. Mereka berbual sepanjang malam itu.

Siang tiba. Sarah bangun dan bersiap. Sarah keluar dari hotel tersebut dan menuju ke kereta Shukri. Shukri menunggunya dengan senyuman. Bahagia. Shukri hantar Sarah ke perhentian semalam. Sarah naik bas pada jam 10.00 pagi. Sarah peluk Shukri lagi seperti semalam. Shukri hulur sebuah bungkusan hadiah berwarna merah. Air mata Sarah mengalir.

6.00 petang. Sarah tiba di hentian Putra. Sarah menelefon Shukri, tetapi gagal dihubungi. Sarah cuba dan cuba lagi. 6.45 petang. Sarah tiba di apartmentnya. Belum pun sempat membuka bungkusan hadiah yang berwarna merah itu, Sarah terduduk mendengar berita. Shukri sudah tiada. Berlanggar dengan lori merah sewaktu pulang dari menghantar Sarah ke perhentian. Bungkusan hadiah merah itu. Sebentuk cincin batu merah.



No comments:

Post a Comment