siri first date : 2

Semalam.
Farah tiba di stesyen KTM. Sekejap dia di luar, sekejap dia di dalam. Menanti seseorang yang amat istimewa baginya. Hampir sejam. Farah menganggap itu biasa. KTM memang selalu lambat.

"Farah, I dah sampai."

Mata Farah melilau mencari dia. Tiba-tiba tangannya ditarik. Faiz. Senyumannya mencairkan hati Farah. Farah berkenalan dengan Faiz melalui Fesbuk. Entah bagaimana hati Farah terlekat pada seorang jejaka bernama Faiz. Faiz tinggal di Selangor, dan kerana itu Faiz tidak mahir jalan jalan di KL. Farah lah yang menjadi pemandu pelancongnya hari itu.

Farah membawa Faiz di salah sebuah Shopping Complex terbesar di Kuala Lumpur. Faiz merayu pada Farah agar menemaninya menonton filem di panggung wayang. Mulanya Farah tidak mahu. Setelah dipujuk rayu oleh Faiz. Farah menyerah. Mereka seperti pasangan yang lain. Bahagia berpimpinan tangan. Farah bahagia. Mahu saja dia memberhentikan masa pada ketika itu.

Mereka beratur seperti yang lain di barisan kaunter tiket. "Farah, guna duit you dulu eh.., nanti i bagi duit." Farah serta merta mengeluarkan dompetnya. Faiz hanya tersenyum. Sadis. Kemudian Farah mengajak Faiz untuk membeli makanan untuk dibawa masuk ke panggung. Sekali lagi Farah mengeluarkan dompetnya, Faiz sengih kerang busuk. Mereka membeli satu hidangan sahaja kerana ingin mewujudkan suasana yang kononnya romentik di dalam panggung, berkongsi makanan.

Farah menyuap Faiz. Faiz tersenyum. Bahagia. Kali ini Faiz pula menyuap Farah. Farah senyum terharu. Tangan Faiz sejuk, Farah genggam kuat tangan Faiz. "Terima kasih sayang.." Faiz menemukan dahinya berdepan dengan dahi Farah. Farah mencium tangan Faiz dengan penuh kasih sayang. Sayang. Bahagia.

Seperti tadi, Farah mengambil Faiz di stesyen KTM, kali ini Farah menghantar Faiz kembali ke stesyen KTM. "Terima kasih sayang.., sebab buat i happy hari ni." kata Farah bahagia.

Hari ini.
123 missed call tidak dijawab. 44 message tidak di reply. Di skrin telefon Faiz.
- i mintak maaf kalau i tak dapat bahagiakan u semalam. :'( - Mesej terakhir dari Farah. Faiz padam.

Lelaki. Kejam.


No comments:

Post a Comment