siri first date : 1

Bulan puasa. Dila berkenalan dengan seorang lelaki melalui satu laman sosial. Kenal. Rapat. Kemudian mereka membuat keputusan untuk bercinta walaupun belum bersua muka. Katanya, cinta itu buta. Puihh. Atas sebab terlalu ingin bertemu, Si lelaki berjanji mengambilnya di stesyen LRT yang terdekat. Dan oleh sebab bulan itu bulan puasa, maka mereka berhasrat untuk berbuka puasa bersama. Dila dengan penuh bangga mengatakan dia akan memasak untuk juadah berbuka puasa. Lagi lah Si lelaki ini gatal merenyam ingin bertemu. Bakal isteri solehah katanya.

Dila dengan tekunnya memasak pada petang itu. Berbunga bunga hatinya, memasak untuk kononnya bakal suaminya. Gigih menyiapkan Nasi goreng dan Pizza buatan sendiri. Tepat jam 5, Dila keluar dari rumah dan menunggu Si lelaki di stesyen LRT yang terdekat seperti yang dijanjikan.

Datang sebuah kereta kancil. Tingkap automatik menurunkan cermin. Seorang lelaki menyengih. Dila turut menyegih kemudian masuk ke dalam kereta itu. Destinasi seterusnya ialah Taman Rekreasi. Berbuka puasa di Taman? Gila romantik ni. Masuk waktu berbuka. Si lelaki menggosok gosok tangan dan mengenyit ngenyit mata. Tak sabar nak merasa masakan yang kononnya bakal isteri. Sedap betul gamaknya. Licin.

Selepas berbuka, mereka ambil keputusan untuk bersiar siar di Taman itu. Gila? Malam malam buta bersiar siar di Taman? Sambil melupakan ibadah sunnat di bulan puasa, bertarawih, mereka duduk di sebuah pondok kecil. Si lelaki pandang pandang Dila dengan penuh kasih sayang. Dila tersipu sipu malu. Lama kelamaan, Si lelaki peluk Dila dari belakangnya. Dila merasa bahagia. Mereka berjanji janji setia bersaksikan malam gelap. Oh bahagianya Dila.

Telefon Si lelaki berdering. Si lelaki harus segera pulang. Muka Dila berubah monyok. Sedih. Ada yang mengganggu ketika sedang bercerekarama madu. Si lelaki hantar Dila pulang ke rumahnya. Sampai sahaja di  kawasan perumahannya, Si lelaki meminta Dila untuk menambah nilai kredit telefonnya. Sadis. Lelaki minta duit wanita.

Atas perasaan sayangnya, Dila ke kedai membeli kad tambah nilai kredit dan memberikannya kepada Si lelaki buah hati pengarang jantungnya. Kemudian, Dila menyalam cium tangan Si lelaki, Si lelaki pula cium di dahinya. Oh sweet. Dila pulang dengan senang hatinya. Sampai sahaja di rumah, Dila menghubungi Si lelaki, nombornya tidak aktif. Dila cuba lagi dan tidak berputus asa sehingga keesokkan harinya. Sudah berpuluh call dan mesej dihantarnya, tetapi masih lagi tiada jawapan.

Tiada jawapan. Si lelaki hilang begitu sahaja. Sadis.


No comments:

Post a Comment