Sebelah tangan

Dia diam. Termenung. Seorangan. Sejak Khairul membuat keputusan untuk berpindah. Dia lemah. Kerana bagi Dia. Khairul lah nyawa Dia. Bukan salah Khairul pun pergi ikut sesuka hati dia. Tapi salah Dia yang bertepuk hanya sebelah tangan. Kosong. Mata Dia tak bersinar lagi seperti dulu. Khairul tu handsome, berduit, ada rumah, ada kereta, ada moto. Cuma isteri je belum ada. Hari yang Khairul berkemas kemas untuk keluar dari rumah itu, Dia tiada dirumah. Ahh.. Mungkin Salah Dia juga yang suka merayau tak tentu masa. Tapi Dia tak sangka pula, Khairul betul betul mahu berpindah.


Hatinya benar benar terluka apabila Khairul pergi tanpa menunggu kepulangannya dahulu. Mungkin ini takdir tuhan. Dia dan Khairul tidak diciptakan untuk antara satu sama lain. Kalau dulu, kemana saja Kharul pergi pasti akan ditemaninya. Khairul pula selalu memberi harapan padanya. Membeli makanan kegemarannya pada setiap hari selepas pulang dari bekerja. Mereka duduk serumah. Ya, Dia sedar kesalahan itu. Mereka bukan muhrim. Tapi sejak berjumpa dengan Khairul, Khairul saja lah tempat dia bergantung. Dan sebab ini juga lah dia begitu yakin yang Khairul menyintainya seperti mana Dia menyintai Khairul.

Sehinggalah pada suatu hari, "Marry, mengapa baru sekarang saya sedar, saya cintakan Sofia. Saya tak boleh hidup tanpanya." Hancur hati Dia seperti hancurnya belacan yang dimasukkan ke dalam pengisar. Dia bertanya apa silapnya. Apa yang menyebabkan Khairul memilih Sofia dan bukannya dia. Tetapi Khairul tidak pernah mahu menjawab pertanyaannya itu. Malah, Khairul memberitahu, "Marry, saya akan berpindah. Awak jaga rumah ini baik-baik ya? Jika ada masa, saya akan datang menjenguk awak dan rumah ini."

"Marry, kau kahwin jela dengan aku, Khairul tak sayang kau, tinggalkan lah dia." kata Jerry. Tidak. Dia hanya cintakan Khairul. Hanya Khairul. Walaupun Dia sedar yang Dia tidak akan dapat cinta Khairul. Suatu hari, Khairul datang semula. Tetapi kali ini, sebagai suami kepada Sofia. "Marry, saya minta maaf, saya nak minta awak keluar dari rumah ni. Sebab sekarang saya dah berkahwin dengan Sofia. Saya nak bawa Sofia tinggal di rumah ini. Saya dah pujuk Sofia supaya boleh benarkan awak tinggal di sini. Tapi katanya Dia allergi pada bulu kucing. Jadi, saya buat keputusan saya akan lepaskan awak. Terpaksa minta awak keluar dari rumah ini."

Dia seekor Kucing.

No comments:

Post a Comment