Takdir

Datang dan pergi. Keadaan itu sudah menjadi kebiasaan dalam hidupnya. Katanya.. 'setiap pertemuan itu pasti dan sememangnya ada perpisahan'. Maka dia sedia maklum dan sedia menerima keadaan itu ketika di awal pengenalannya dengan seseorang itu. Tetepi disebalik semua itu, dia punya seseorang yang dianggapnya sahabat.

'Break lagi? Kau ni takde kerja lain ke, couple break, couple break, dah macam nescafe coffee mate dah, haha..'
'Gelak, kau apa tahu..'
'Eh, Tak serik lagi ke?'
'Ni nama dia pengalaman..'
'Ni nama dia suratan, takdir.. Tau tak?'
'Takdir apa bendanya..'
'Takdir yang sebenarnya kau tu dah dijodohkan dengan aku..'
'Puihhhh...'

Perkataan Hafiz selalu tidak diambil serius kerana perwatakan Hafiz sendiri tidak meyakinkan seseorang tentang tahap kebenaran dari apa yang terkeluar dari mulutnya, erti kata lainnya, Hafiz seorang yang kuat berjenaka.

Sebenarnya Hafiz juga tidak sedar perkataan itu terkeluar dari mulutnya.

Hari itu Hafiz nekad untuk luahkan perasaannya. Selepas waktu kelas, dia segera ke perpustakaan kerana Hafiz ingin berjumpa. Soal hidup dan mati katanya. Itu yang buat dia berlari lari ke perpustakaan.

'Ada nampak Hafiz tak?' tanya dia kepada seorang.
'Hafiz tinggal ini untuk kau..' hulur sehelai nota kecil.

"aku tahu kau mesti ingat aku dah hilang akal. tapi aku cakap ikhlas dari hati aku, aku dah lama suka kau"


Dah seminggu Hafiz tercari cari kelibat dia. Tiada sebarang jawapan panggilan dan juga SMS dari dia. Hafiz kecewa. Cinta yang diharapkan tidak terbalas. Hafiz teruskan hidupnya seperti biasa. Cuma sedikit terasa kosong apabila tiada teman untuk di bahan bahannya seperti dahulu.

Hari itu, selepas waktu kelas, Hafiz singgah di perpustakaan mencari bahan untuk kertas kerjanya. Hafiz nampak ada satu nota dilekatkan di kerusi yang selalu didudukinya apabila ke perpustakaan itu.

"Mak aku tanya bila nak masuk meminang.. :D"


Hafiz tersenyum.


No comments:

Post a Comment