siri first date : 3

Berdebar debar hati Dibah. Hari ini hari penting untuk Dibah. Date dengan Din. First date dengan first couple. Biliknya berselerak dengan baju baju yang di cuba. Tiada satu pun yang sesuai. Akhirnya Dibah mengenakan kemeja berwarna ungu hijau dan seluar berwarna biru cair. Hampir setengah botol perfume Dibah sembur di badannya. Wangi.

Din sedang dalam perjalanannya. Dibah berdebar. Dibah memulakan langkahnya dengan Bismillah. Din menunggu Dibah di stesyen KTM yang paling hampir dengan rumah Dibah. Dibah sengih kerang. Dibah tunggu Din di perkarangan stesyen KTM. Din mencuit bahu kanan Dibah lalu dia ke sebelah kiri Dibah. Bersenda.

Din pegang tangan Dibah. Muka Dibah merah macam strawberi. Din cium tangan Dibah dengan penuh kasih sayang. Dibah rasa melayang. Din cium lagi. Kali ini di dahi. Muka Dibah berubah lagi. Malu tapi mahu. Din bawa Dibah duduk di tepi tasik. Seluar Dibah ketat. Jadi Dibah berdiri aje. Din menghabiskan sebatang rokok. Kemudian Din ajak Dibah balik.

Dibah monyok. Rasa sekejap benar nak memadu asmara denga kekasih hatinya. Din dan Dibah beli tiket KTM. Dibah keluarkan sesuatu dari begnya. Hadiah berbungkus cantik berserta oligami bentuk hati. Dibah serahkannya kepada Din. Din terharu.

Din menyuruh Dibah memberitahunya melalui mesej apabila tiba dirumahnya nanti. Dibah menurut perintah.
- abang.. syg dah sampai rumah dah.. hikhik ^.^
Din tak balas mesej. Sampai ke malam. Tiada mesej daripada Din. Malah call yang beratus ratus kali tidak diangkatnya. Dibah kecewa.

Mak Dibah pelik. Ayam goreng yang biasanya habis dibaham Dibah tidak terusik. Mak Dibah masuk bilik Dibah. Dibah terbaring. Darah menitik dari tangannya.


No comments:

Post a Comment