Bersandar

"Awak macam tahu je saya nak pakai baju warna merah hari ni"
"Haha..., mana saya tahu, saya main pakai je.."

Dia seolah olah diberi harapan. Namun harapan hanya harapan, tak akan jadi kenyataan. Khairul berhenti di suatu tempat di mana mereka selalu singgah untuk duduk bersenang senang. Taman tasik ItikAngsa. Sebelum itu Khairul sudah membeli bekalan siap siap, makanan Fastfood Mekdi.

Dia duduk bersandarkan bahagian belakang badan Khairul. Nyaman petang itu. Sesuai benar dengan mood orang sedang dilamun cinta. Bahagia. Sudah cukup lama dia bertahan memendam perasaannya selama ini. Hari ini dia mesti luahkannya.

"Awak...." serentak dibicara. Disambut pula dengan tawa riang tanda geli hati mereka.
"Kita makan dulu.., siapa habis cepat dia cakap dulu.." kata Khairul mencabar. Sudah tentu Khairul yang akan habis dahulu, tapi dia biarkan saja ianya berlaku begitu.

Selesai makan.
"Apa yang awak awak tadi..?"
"Hahaha..., saja gedik gedik.."
"Hahaha... cepatlah.."
"Saya nak cerita kat awak ni.., tapi malu lah.."
"Alah..., mengada.., cakap jelah.."
"Minggu lepas saya balik kampung, syok tau.. terjumpa dengan kawan sekolah rendah dulu.., cun dia sekarang tau..., rasa jatuh cinta lah..., haha.."

Dia senyum.
"Haha, awak semua awak nak jatuh cinta.."
"Tak, kali ni betul betul jatuh cinta la.. Saya dok lepak dengan dia seminggu kat sana, cukup duit nanti insyaallah saya hantar rombongan meminang, mak saya pun dah setuju.."

Dia senyum lagi. Kali ini senyumnya pahit.
"Habis, saya macam mana? Haha.."
"Awak, nanti saya tolong carikan lah.. Haha.."
"Haha, tak payah, saya gurau je... Dah nak kahwin dah kawan saya ni.."
"Haha.. Awak pun cepat cepat lah, boleh kita kahwin sama sama"
"Hahahaha.."

Dia mula duduk menjauh.
"Kenapa awak tak sandar kat belakang saya?"
"Tak ada apa apa lah, awak kena biasakan lah, lepas ni saya dah tak boleh sandar dekat belakang awak lagi dah.."
Khairul diam dan mula beralih untuk bersandar di pokok besar itu. Merajuk kerana dia tidak mahu lagi bersandar di belakangnya itu. Akhirnya, Khairul tertidur. Apabila Khairul terjaga. Ada satu nota disisi dia. Khairul mencari dia. Dia telah pergi.

-nota-
awak akan berjumpa tempat bersandar yang lebih selesa lagi selepas ini.. :)



2 comments: